Sunday 22 December 2019

Selamat Tinggal Tourism Malaysia

Untuk post yang pertama kali selepas bertahun bersawang ni, aku just nak ucapkan selamat tinggal kepada pekerjaan yang amat2 aku sayangi sebab terlalu banyak perkara yang mematangkan aku dari segi cara kerja di tempat kerja dan networking sesama pemain industri. 5 tahun yerr aku berkhidmat di Tourism Malaysia, 2019 aku decide untuk tidak lagi meneruskan kontrak, sebab tahun2 terakhir aku disini, aku cuma seorang Pekerja Sambilan Harian, 4tahun aku memegang jawatan Pegawai Pelancongan bergred E29, bila tak dapat sambung kontrak jawatan tu, TM offer aku dengan jawatan PSH, bergaji harian, tapi aku tak mampu, sebab terlalu banyak komitmen aku kena bayar, tak mampu bergaji rendah seperti ni, aku syorkan utk jawatan PSH ni bagus untuk pendedahan pelajar lepasan universiti, tapi cukup pengalaman untuk setahun dan korang boleh la cabut cari kerja yang tetap dan lebih "secure". Tu je la aku nak cerita.. aku akan kembali jika ada tawaran jawatan yang lebih "secure" dalam tourism.. sia2 pengalaman aku 5 tahun disini..tiba2 nak kerja kilang.... WHATT?! so wait and see..aku tau aku post luahan ni, mesti ada yang akan triggered kan.. but the reality is there... hidup kita ada turun naik tu.. bila perlu jatuh, redha... jatuh sajalah.. tapi jangan putus asa untuk bangkit... insyallah... semoga ada rezeki untuk pengorbanan ni,..

No comments:

Post a Comment

Penang Perak Kick Off Conference

PENANG & PERAK VM2020 KICK OFF CONFERENCE  Program sehari ini disertai seramai 300 orang penggiat industri pelancongan di Perak dan...

aku suka dia

aku suka dia